Sunday, May 21, 2023

Today, the world received a gift. It's me, and you're welcome.

SASSY SINCE BIRTH!

Happy birthday to you,
Happy birthday to you, 
Happy birthday to Arina,
Happy birthday to you!

Alhamdulillah, semalam (20/5/2023) genap umur 24 tahun. Patut nak update semalam tapi tak sempat. Busy AHAHA. Hi? For those yang tak mengenali saya, nama diberi Siti Nur Arina. Boleh panggil Arina/Rina. Alhamdulillah 24 tahun sudaaa. Rina anak ke-2 dari 4 orang adik beradik. Orang kata anak kedua ni pendedam. Betul ke? Entah. Mungkin ya mungkin tidak. Cakap pasal anak kedua, harini Rina nak share Fakta tentang anak kedua!

Memandangkan Rina anak kedua, Rina share fakta yang Rina rasa kena dan betul dengan diri Rina sebagai anak kedua ni. Anak kedua ni selalu dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke? Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak kedua ni sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal.

Antara fakta tentang anak kedua:

  • Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Ada kala, ibu  bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.
Bagi Rina, Rina takdelah terasa sangat bab terasing ni sebab mak ayah bagi perhatian pada kami adik beradik sama rata. Kalau buat salah, kene rotan. Kau salah, kau kena. Takda istilah kalau adik buat salah, abang yang kena rotan sebab tak mengalah. No! Jadinya, untuk terasing ni takdelah terasa sangat tapi kadang tu adalah juga. Bila dah besar, baru terasa. Sebab, kita dah busy dengan kerja dan sudah tentu jauh dengan mak ayah. Adik bongsu la selalu harapn dan kerap di rumah. Jadinya, kebanyakan permintaan anak bongsu lebih dituruti berbanding kita ni. Tapi, tu biasalah kan?


  •  Gemar bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Tersisih tu macam sedih sangat bunyinya. Maksudnya macam anak kedua ni kurang dapat perhatian berbanding anak yang lain, anak kedua biasanya akan berusaha membuat orang lain selesa dengan sesebuah persahabatan supaya hubungan persahabatan tu kekal.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab...dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki. Bukan nak bangga diri tapi statement ni memang disokong sepenuhnya oleh Rina sendiri. Rina banyak fikir orang sekeliling dalam buat keputusan. I don't make decision by myself. Bila buat keputusan, tengok orang sekeliling okay ke tak dan sebagainya.


  • Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka. 

Yang ni Rina setuju tapi mostly Rina apply benda ni dalam pekerjaan Rina. Sebenarnya Rina ni quite introvert tapi sebab memang diri kita ni jenis suka nak nampak lain dari lain, so kita tunjuk sisi dan potensi diri kita. So that, people will notice us.


  • Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerja yang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
To be honest, Rina setuju. Kadang tu, kita nak give the best. Takda siapa minta pun tapi kita sendiri jadi kreatif dan buat something yang unexpected. Rina memang minat ke arah-arah kesenian even tak berseni HAHA. 

  • Lebih tenang berbanding anak yang lain

Setuju sangat. Rina perasan lah, dalam adik beradik, walaupun anak kedua ni jenis yang suka menonjol tapi sebenarnya dia seorang yang tenang. Bukan jenis cepat melatah kalau dalam situasi yang pressure. Contoh dalam pergaduhan, anak kedua ni lebih kepada memerhati dan banyak diam. TAPI! Dalam diam tu, kalau buka je mulut, memang pedas lah. Tak fikir orang sekeliling. Kadang tu, kalau hal atau masalah family, anak kedua ni akan tahu terlebih dahulu whole cerita daripada adik-beradik lain. Tapi, mereka pilih untuk senyap dan follow the flow. Bila sampai masanya, barulah mereka bagitahu. 

Okay, ni semua antara ciri-ciri dan fakta tentang anak kedua yang Rina rasa memang betul dan Rina setuju. Anak no 2 ni nampak keras kepala, tapi sebenarnya dialah anak yang boleh diharap dalam diam. Cewahhh. 

Takpela, bagilah peluang pada Rina nak syok sendiri HAHAHAHA. So, anda anak ke berapa? Ada yang anak kedua dekat sini sama dengan Rina? Sama tak? Last but not least, happy belated birthday diri sendiri. Semoga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Doakan semoga semua urusan Arina dipermudahkan olehNya. Amin. Bye! Jumpa lagi

Thursday, May 18, 2023

REVIEW MOVIE: FAST X

Hi everyone! Arina is here. 

Siapa kat sini peminat setia cerita fast & furious? You guys dan tengok FAST X yang terbaru dekat wayang? If you guys belum tengok, please skip this post if you taknak some spoiler EXCEPT SIR AZZWAN ya :) Sir dah tengok atau belum, you must notice this post HEHEHEHEH. But if you guys want some hint about the movie, yes you can read this post.

If you guys dah tengok cerita fast & furious dari episod satu, you guys mesti tahu watak-watak yang ada dalam movie fast & furious ni, right? So, before we go into deep, Rina akan share urutan cerita fast & furious ikut episod. For those yang tak pernah layan atau layan sikit-sikit, korang boleh follow urutan ni. 

1. THE FAST AND THE FURIOUS (2001)


Filem pembukaan fast & furious ni bermula dengan seorang pegawai polis, Brian yang menyamar dalam cubaan untuk menyusup masuk kumpulan bekas banduan Dom. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila Brian terpengaruh dengan konsep 'ride or die' Dom. 


2. 2 FAST 2 FURIOUS (Prelude) (2003)


Filem pendek yang merapatkan jurang antara filem pertama dan filem kedua fast and furious. Dikeluarkan dalam DVD 2 Fast 2 Furious, anda boleh melihat bagaimana Brian ditangkap oleh LAPD kerana telah melepaskan DOM. Filem ni juga menceritakan bagaiman Brian mula terjebak sebagai 'raja jalanan' dalam masa yang singkat sekaligus menjadi lelaki yang dikehendaki.


3. 2 FAST 2 FURIOUS (2003)


Filem 2 Fast 2 Furious ni menarik dimana munculnya watak Roman dan Tej. Watak Brian dalam filem ni betul menonjol kerana ketiadaan Dom. 2 Fast 2 Furious merupakan filem yang tidak menampilkan Vin Diesel.


4. LOS BANDOLEROS (2009)


Filem pendek kedua ni juga dikeluarkan dalam bentuk DVD sebelum kembalinya watak Dom dalam Fast & Furious. Los Bandoleros juga memperkenalkan watak-watak baharu seperti Rico, Han dan Tego. Filem ni mengisahkan tentang apa yang Dom lakukan di Republik Dominika.


5. FAST & FURIOUS 4 (2009)


Dalam filem ini, anda dapat melihat keakraban Brian dan Dom setelah ketiadaan Dom di filem sebelum ini.


6. FAST FIVE (2011)


Ha kalau korang nak tahu, Fast 5 ni la sebenarnya penarik minat ramai untuk tengok fast & furious. Orang yang tak layan cerita dari awal pun tertarik nak tengok filem fast & furious ni. Bagi Rina, filem fast five ni antara the best filem fast & furious among urutan filem lain. Sebab apa? Sebab kat sini lah cerita akan berkait dengan FAST X yang keluar dekat wayang sekarang. Fast 5 ni memang kita boleh tengok banyak aksi atas jalan raya dan rompakan yang bagi rina sangat 'WOW'! Bukan apa, behind the scene setiap cerita FF ni real tau, Tak pakai BCG ya! Oh satu lagi, watak Dwayne Johnson bermula semasa filem Fast 5 ni jadinya ramai berminat nak tengok.


7. FAST & FURIOUS 6 (2013)


Lepas dapat sambutan yang 'hype' dari penonton, fast & furious 6 diteruskan dengan adengan yang lebih mencabar. Dalam filem ni juga munculnya watak Letty setelah tidak lama muncul dalam filem sebelumnya. Lagi tambah menarik filem ni bila watak Jason Statham muncul dalam scene kredit which last sekali dan mengejutkan ramai penonton. Fuh! 


8. THE FAST AND THE FURIOUS: TOKYO DRIFT (2006)


Okay, time ni lah sebenarnya timbul kekeliruan pada para penonton bila pihak produksi keluarkan The Fast and The Furious: Tokyo drift sebagai filem ketiga. Tapi, secara kronologinya, filem FF tokyo drift ni adalah filem keenam dimana ia memfokuskan watak Han. Menariknya, klimaks filem tokyo drift ni, pihak produksi jadikan plot penting yang muncul sembilan tahun kemudian. Ni pun antara filem FF fav Rina! Banyak scene racing dan banyak betul kereta best!


9. FURIOUS 7 (2015)


Dalam Fast & Furious 7 ni, Dom dan rakan-rakan berdepan dengan masalah terbesar mereka iaitu Jason Statham yang berlakon sebagai Deckard Shaw. 


10. THE FATE OF FURIOUS (FAST & FURIOUS 8) (2017)


Time filem F8 ni, Dom terpaksa khianat keluarga dan rakan-rakan dia selepas diugut Cipher untuk kembali bekerja dengannya. Deckard Shaw pula dipaksa bekerja dengan Hobbs dan pasukannya untuk mencari Dom dan menjatuhkan Cipher dan menyelamatkan dunia. Scene ni agak lain dari lain sebab dekat kawasan ais tau. Memang nice ah.


11. FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW (2019)


Filem FF Hobbs & Shaw ni mengisahkan dimana mereka berdua perlu bekerjasama untuk jatuhkan Brixton yang mengancam untuk tukar sistem semula jadi kemanusiaan selama-lamanya. Ada juga penglibatan adik Shaw, Hattie ikut perjuangan mereka bersama keluarga Hobbs di Samoa dalam misi untuk selamatkan dunia.

12. FAST & FURIOUS 9 (2021)


Filem fast & furious 9 ni menceritakan tentang Dominic Toretto dan lawannya, Jakob pembunuh upahan yang bekerjasama dengan musuh lamanya, Cipher. Jakob merupakan adiknya sendiri. 


Ha, lepas korang dah settle sampai fast & furious 9, barulah korang boleh tengok FAST X dekat wayang. Jom Rina cerita sikit jalan cerita FAST X ni. 


Untuk pengetahuan korang, FAST X ni mengisahkan tentang Jason Momoa sebagai Dante Reyes nak balas dendam dekat Dom dan rakan-rakannya selepas bunuh ayahnya, Hernan Reyes. Korang boleh tengok Fast 5. Dekat situ ada tunjuk siapa Hernan Reyes ni dan macam mana dia boleh mati. Pada awalnya Han, Roman, Tej dan Ramsey kononnya diminta oleh pihakm agensi untuk mencuri komputer cip di Rome. Bila mereka sampai di sana, rupanya ia satu perangkap dari Dante. Agensi tiada pun keluarkan sebarang misi untuk mereka. Dari situ Dom dan Letty tahu bahawa rakan mereka diperangkap. Bila Dom dan Letty tahu, dorang terus gerak Rome untuk bantu rakan-rakan mereka. Rupanya cip komputer yang mereka perlu curi tu sebenarnya adalah bom besar yang boleh meletupkan sebahagian daripada negara Rome. Tapi, akhirnya Dom berjaya bawa bom tu ke sungai Tiber. Time ni Letty dah kena tangkap dengan polis sebab dorang semua ni merupakan suspek yang dikehendaki. Letty je dapat ditangkap.

Fast forward, satu-satu keluarga dan kawan-kawan Dom yang pernah sama-sama dengan Dom cedera dan mati. Dante memang cakap dia takkan bunuh Dom ni sebab macam kematian ni bukan jalan sebenar balas dendam. Kematian dibalas penderitaan camtu. Sebab tu dia banyak usik family dan raka-rakan Dom so macam nak Dom ni derita mental fizikal la sebab sorang-sorang mati/cedera. Paling dia risau, anak dia Little B. Dante memang target anak Dom ni je. 

Bagi Rina, cerita Fast X ni menarik sangat. Rating? 10/10 tapi plot twist dia banyak. Kalau nak rate plot twist dia tu 1000/10 la. Banyak scene yang macam HA? EH? PEH! Ha gitu HAHAHAHAHA. Kalau korang nak tahu, Dom ni jenis dia akan susun strategi kalau nak buat something TAPI! korang takkan boleh expect Dante ni macam one step depan Dom. Apa je Dom buat, Dante ni dapat balas balik. Memang mental weh. Ada satu scene tu dia lawan drift kereta. Dom, Dante, Daniela Melchior sebagai Isabel (adik Elena Neves) dan Luis Da Silva sebagai Diogo. Masa dorang nak start scene lumba kereta tu, Dante ada cakap pada Dom nak selamatkan mana satu? Tu je dia cakap. Dom terus faham. Dom nak cuba selamatkan dua-dua tapi last sekali dia dapat selamatkan Isabel sahaja. Diogo mati sebab kereta terbakar depan mata Dom. Time tu memang nampaklah betul marah Dom ni.

Okay taknak lah banyak spoiler. You guys should watch them. Lastly, scene paling memang tak disangka ramai & dengan Rina pun terkejut dalam wayang bila scene ni keluar. 


Gisele Yashar hidup lagi? OMG ni memang scene paling spoiler la kalau korang baca AHAHAHAHAH. Weh tak sangka dia masih hidup lagi tau! Last scene dia masa dia jatuh dari kapal terbang sebab nak selamatkan Han. Takpe apa yang Rina boleh cakap, Rina tak puas hati sebab banyak betul scene yang Rina tertanya-tanya. Lastly habis gitu je. Ramai kata kena tunggu 2 tahun lagi untuk tahu next episod. Kalau tengok pun susun atur cerita fast furious ni memang tiap 2 tahun baru keluar baru. Weh lamanya! 

Akhir sekali, is it worth to watch? Yes! Will repeat? Maybe. Recommend to someone? Yes. Rate? 10/10 untuk scene action dan racing. Lain geram part scene tergantung tu HAHAH. Okaylah guys! Tu je review dari Rina. Dont walk but RUN! Go watch FAST X guys!

Sunday, May 14, 2023

CHILD RESTRAINT SYSTEM (CRS)


FAKTA!

Kurang dari 30% kanak-kanak di Malaysia TIDAK menggunakan kerusi keselamatan ketika dalam kenderaan. Berdasarkan kajian 2017, kebanyakan CRS dipasang secara salah:

40% tidak sesuai dengan anak/kereta
82% kesilapan pemasangan yang major

Apa itu CRS?

CRS atau dikenali sebagai Child Restraint System adalah kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. CRS membantu melindungi kanak-kanak semasa kemalangan jalan raya dari kecederaan parah akan tetapi, pastikan ia dipasang dengan cara yang betul dan selamat.

'Ala, saya pandu berhemah. Slow je saya bawa. Tak perlu CRS pun takpa.'
'Lecehlah pakai CRS ni!'
'Carseat Mahal!'
'Kesian cucu mak. Bukalah carseat tu. Takpayah dipakaikan kat budak tu.'
'Dulu ayah takda pakaikan kau carseat, hidup je kau sampai sekarang?'

Biasakan kita dengar ayat-ayat ni? Sangat familiar. Kadang, ayat-ayat ni keluarnya dari mulut-mulut orang sekeliling kita. Bila kita nak praktikkan benda betul, ada saja cabaran dan bisikan yang tak baik. Padahal, pakaikan carseat pada anak adalah untuk keselamatan anak juga. Pelik kan? Untuk pengetahuan semua, ayat-ayat kat atas ni semua dah tak valid zaman sekarang ni. Kenapa?

1) Zaman dulu kenderaan tak banyak atas jalan raya, Orang dulu tak mampu nak beli kereta. 
2) Orang dulu kalau bawa kereta, berhemah. Fikir orang sekeliling. Sekarang? Hampeh!
3) Dulu, takda badan atau pihak yang mengwar-warkan tentang kepentingan carseat pada masyarakat.
4) Dulu, kerajaan masih belum laksanakan undang-undang tentang pemakaian kerusi keselamatan kana-kanak.

Tapi sekarang, bermulanya 1 JANUARI 2020, undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) ke atas kenderaan persendirian telah dilaksanakan. Anak yang mempunyai berat 36kg atau ketinggian kurang 136cm atau berumur kurang 12 tahun WAJIB pakai CRS. Lepasni, ayat-ayat atas tu semua dah tak valid. Kita follow peredaran waktu sekarang. Banyak dah kes kematian melibatkan kanak-kanak. Tulang mereka masih lagi lembut. Sedangkan kita yang dewasa ni pun terkehel bahu je dah sakit apatah lagi kalau kanak-kanak. Kalau kita sebagai orang dewasa ni pakai seatbelt kereta untuk tujuan keselematan, kanak-kanak juga perlukan CRS untuk tujuan keselamatan. 


Dalam pada kita nak praktikkan benda yang betul, kita sebagai ibu bapa sewajarnya belajar dan ambil tahu tentang kepentingan CRS. CRS pula ada banyak jenis. Jangan asal tengok murah, cantik, cukup sekadar ada nak buat syarat lepastu terus beli tanpa ketahui jenis carseat yang sesuai dengan anak kita. NO! Samalah juga macam kereta. Sebelum kita nak beli kereta, mesti kita tengok dulu jenis kereta macam mana kita nak kan? Spec dia macam mana? Okay ke? Selamat ke? Cantik dan harga tu kadang kita fikir last sekali. Betul tak? Sama juga macam carseat. Ada jenisnya. Ada spec yang perlu kita follow sebelum beli. Jadi, macam mana nak tahu Carseat macam mana yang sesuai dan terbaik untuk anak? Jom tengok!

Apa 3 ciri UTAMA TERBAIK CRS untuk kanak-kanak?

  • Mengikut UMUR, BERAT, TINGGI dan TAHAP PERKEMBANGAN kanak-kanak.
  • Sesuai dengan kerusi kereta (Pastikan buat fitting CRS pada kereta)
  • Mesti dipasang dengan BETUL dan SELAMAT.

Ini adalah antara ciri-ciri yang boleh kita follow. Lepas kita dah tahu ciri utama terbaik CRS untuk anak kita, ha bolehlah kita pilih JENIS carseat yang ada. Nak yang jenis macam mana? Ada isofix? Boleh pusing 360? Cara pasang guna belt installation? Macam-macam ada. Mari ketahui jenis-jenis carseat yang ada. Pastikan sebelum anda pilih carseat, sesuaikan semula dengan ciri utama kat atas tu. Sesuai ke dengan umur anak? berat anak? tinggi anak? sesuai ke pasang dekat kereta? ha semua tu kena ambil kira.


JENIS-JENIS CRS R44

1. Infant Carrier
  • Kumpulan 0+ sahaja
  • Rear facing sahaja
  • Untuk berat sehingga 13kg
  • Untuk tinggi sehingga 83cm
  • 0-18 bulan

2. Convertible carseat

  • Kumpulan 0+/1
  • Boleh rear facing sehingga 13kg, 18kg, 25kg dan forward facing
  • Disyorkan rear facing sehingga 15 bulan ATAU memenuhi had berat max rear facing
  • Guna 5-point harness sehingga 18kg/25kg

3. Multistage seat carseat

  • Kumpulan 2/3
  • Untuk forward facing sahaja
  • Guna 5-point harness sehingga 18/25kg
  • Highback booster dari 25kg/36kg dengan 3 point seatbelt

4. Combination booster/Booster seat

     
  • Group 2 dari 15kg-25kg (4 hingga 7 tahun)
  • Group 3 dari 22kg-36kg (6 tahun ke atas)

Marilah kita jadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan menitik-beratkan keselamatan anak di dalam kenderaan. Pastikan setiap kali mereka masuk je dalam kereta, pakaikan carseat pada mereka. Sekian.

HALF BLOOD PRINCE

 Ewaaaahh harini tajuk blog kita "HALF BLOOD PRINCE" lah! Ytjt. Siapa pernah layan cerita harry potter? Okay, kalau korang nak tah...