Sunday, May 21, 2023

Today, the world received a gift. It's me, and you're welcome.

SASSY SINCE BIRTH!

Happy birthday to you,
Happy birthday to you, 
Happy birthday to Arina,
Happy birthday to you!

Alhamdulillah, semalam (20/5/2023) genap umur 24 tahun. Patut nak update semalam tapi tak sempat. Busy AHAHA. Hi? For those yang tak mengenali saya, nama diberi Siti Nur Arina. Boleh panggil Arina/Rina. Alhamdulillah 24 tahun sudaaa. Rina anak ke-2 dari 4 orang adik beradik. Orang kata anak kedua ni pendedam. Betul ke? Entah. Mungkin ya mungkin tidak. Cakap pasal anak kedua, harini Rina nak share Fakta tentang anak kedua!

Memandangkan Rina anak kedua, Rina share fakta yang Rina rasa kena dan betul dengan diri Rina sebagai anak kedua ni. Anak kedua ni selalu dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke? Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak kedua ni sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal.

Antara fakta tentang anak kedua:

  • Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Ada kala, ibu  bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.
Bagi Rina, Rina takdelah terasa sangat bab terasing ni sebab mak ayah bagi perhatian pada kami adik beradik sama rata. Kalau buat salah, kene rotan. Kau salah, kau kena. Takda istilah kalau adik buat salah, abang yang kena rotan sebab tak mengalah. No! Jadinya, untuk terasing ni takdelah terasa sangat tapi kadang tu adalah juga. Bila dah besar, baru terasa. Sebab, kita dah busy dengan kerja dan sudah tentu jauh dengan mak ayah. Adik bongsu la selalu harapn dan kerap di rumah. Jadinya, kebanyakan permintaan anak bongsu lebih dituruti berbanding kita ni. Tapi, tu biasalah kan?


  •  Gemar bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Tersisih tu macam sedih sangat bunyinya. Maksudnya macam anak kedua ni kurang dapat perhatian berbanding anak yang lain, anak kedua biasanya akan berusaha membuat orang lain selesa dengan sesebuah persahabatan supaya hubungan persahabatan tu kekal.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab...dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki. Bukan nak bangga diri tapi statement ni memang disokong sepenuhnya oleh Rina sendiri. Rina banyak fikir orang sekeliling dalam buat keputusan. I don't make decision by myself. Bila buat keputusan, tengok orang sekeliling okay ke tak dan sebagainya.


  • Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka. 

Yang ni Rina setuju tapi mostly Rina apply benda ni dalam pekerjaan Rina. Sebenarnya Rina ni quite introvert tapi sebab memang diri kita ni jenis suka nak nampak lain dari lain, so kita tunjuk sisi dan potensi diri kita. So that, people will notice us.


  • Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerja yang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
To be honest, Rina setuju. Kadang tu, kita nak give the best. Takda siapa minta pun tapi kita sendiri jadi kreatif dan buat something yang unexpected. Rina memang minat ke arah-arah kesenian even tak berseni HAHA. 

  • Lebih tenang berbanding anak yang lain

Setuju sangat. Rina perasan lah, dalam adik beradik, walaupun anak kedua ni jenis yang suka menonjol tapi sebenarnya dia seorang yang tenang. Bukan jenis cepat melatah kalau dalam situasi yang pressure. Contoh dalam pergaduhan, anak kedua ni lebih kepada memerhati dan banyak diam. TAPI! Dalam diam tu, kalau buka je mulut, memang pedas lah. Tak fikir orang sekeliling. Kadang tu, kalau hal atau masalah family, anak kedua ni akan tahu terlebih dahulu whole cerita daripada adik-beradik lain. Tapi, mereka pilih untuk senyap dan follow the flow. Bila sampai masanya, barulah mereka bagitahu. 

Okay, ni semua antara ciri-ciri dan fakta tentang anak kedua yang Rina rasa memang betul dan Rina setuju. Anak no 2 ni nampak keras kepala, tapi sebenarnya dialah anak yang boleh diharap dalam diam. Cewahhh. 

Takpela, bagilah peluang pada Rina nak syok sendiri HAHAHAHA. So, anda anak ke berapa? Ada yang anak kedua dekat sini sama dengan Rina? Sama tak? Last but not least, happy belated birthday diri sendiri. Semoga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Doakan semoga semua urusan Arina dipermudahkan olehNya. Amin. Bye! Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

HALF BLOOD PRINCE

 Ewaaaahh harini tajuk blog kita "HALF BLOOD PRINCE" lah! Ytjt. Siapa pernah layan cerita harry potter? Okay, kalau korang nak tah...