Friday, June 9, 2023

HALF BLOOD PRINCE

 Ewaaaahh harini tajuk blog kita "HALF BLOOD PRINCE" lah! Ytjt. Siapa pernah layan cerita harry potter? Okay, kalau korang nak tahu Rina sebenarnya memang minat dan pengikut tegar cerita Harry Potter ni since sekolah lagi. Rina tengok dari movie first sampailah movie last. Best sebab jalan cerita dia lepastu cast dia semua orang yang sama dari dorang kecil sampailah dah dewasa. That's why cerita harry potter ni best. Setiap movie tu orangnya tak berubah. Jadinya, kita boleh attach dan faham dengan jalan cerita yang nak disampaikan. Klau nak dibandingkan dengan cerita lain yang banyak episod movies ni, hero atau watak dalam tu mesti berubah. Jadinya, kita macam takleh nak feel sangat. 

Korang pernah tak layan cerita harry potter ni? Atau korang pun salah sorang peminat cerita harry potter macam Rina? hehe >.< okie! Untuk korang yang mungkin berminat nak layan movie harry potter ni, jom Rina share dengan korang flow dan kronologi cerita harry potter ni supaya korang faham jalan cerita dia. 

  • Harry Potter and The Sorcerer's Stone (2001)
  • Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
  • Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
  • Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
  • Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
  • Harry Potter and the Half Blood Prince (2009)
  • Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 (2010)
  • Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 (2011)

So, ni antara urutan cerita dia. Oh btw! ni hanyalah kronologi dan urutan cerita untuk cerita HARRY POTTER SAHAJA tau korang! Sebab, latest 2016, 2018 dengan 2022 tak silap, ada cerita fantastic beast. Actually 3 cerita tu berkaitan juga tapi yang ni Rina just nak cerita pasal urutan cerita Harry Potter sahaja. Harap korang faham tau weyyyy! Okay jom Rina ceritakan sinopsis sedikit setiap movies ni. Rina pun nak bagi juga pendapat Rina atau review untuk setiap movie ni. May be the longest blog entry i guess? Hope you guys enjoy!


1. Harry Potter and The Sorcerer's Stone (2001)



Ok
Movie pertama Harry Potter and The Sorcerer's Stone ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki iaitu Harry Potter di mana dia adalah seorang anak yatim piatu. Dia tinggal dengan pakcik dan makcik dia. Dalam movie ni menceritakan macam mana dia mendaftar ke sekolah sihir, dia tahu tentang kebenaran dirinya, keluarganya dan kejahatan dahsyat yang menghantui dunia ajaib. Dekat sini juga dia dapat kenal dengan kawan-kawan dia seperti Hermoine, Ron & ramai lagi. Lepas mendaftar di sekolah sihir, Harry juga tahu dia tergolong dalam kelas 'Griffindor'. This part hype me the most! Suka betul tengok topi ataupun dikenali sebagai 'The Sorting Hat' bagitahu setiap budak dekat mana rumah dan kelas mereka. Oh lupa! Dekat Hogwarts (sekolah sihir) ni, mereka ada sistem rumah. Ala kalau kita macam rumah sukan. Ha macamtulah lebih kurang. Ada 4 empat rumah dan 
di mana setiap satunya mengambil nama sempena nama keluarga empat ahli sihir terkemuka pada zaman dahulu: iaitu Godric GryffindorSalazar SlytherinRowena Ravenclaw dan Helga Hufflepuff. Para pelajar dari setiap rumah tersebut akan bersaing setiap tahun, sama ada untuk mendapat markah atas nilai murni mereka atau dipotong markah atas kesalahan mereka, dan rumah yang mempunyai markah terkumpul paling banyak akan memenangi Piala Rumah. Nama empat rumah ni adalah Griffindor, Slytherin, Ravenclaw dan Hufflepuff. 

Pada Rina, movie pertama Harry Potter ni best dan menarik sebab yelah cerita dia lain dari yang lain. Pasal sihir kan? Jadi, sangat menarik! Lagi menarik sebab ada sistem rumah tu. Bagi Rina agak wow disitu sebab nama setiap rumah tu macam nice dan kena betul. Ofcourse adengan dan alur cerita dalam movie pertama ni mudah difahami dan buat kita tertanya-tanya. Nice! 


2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)


Okay dalam movie Harry Potter yang kedua ni mengisahkan di mana Harry Potter dapat join Quidditch di mana ianya adalah permainan bola udara yang dimainkan di atas penyapu terbang. Permainan ini ibarat permainan bola sepak cumanya ianya dimainkan di udara dan penyapu terbang. Nice betul! Dalam cerita Harry Potter Chamber of Secrets ni pun menceritakan di mana ramalan kuno yang mengatakan terdapat kehadiran "presence" yang misteri. Siapa yang 'ternampak' atau 'terlihat' susuk atau 'presence' atau aura? Rina pun taktahu nak explain macam mana. Ha, mereka akan mengalami masalah lumpuh. Kat sini pun dorang cerita juga tentang sejarah silam yang pernah terjadi dekat sekolah Hogwarts ni. Macam-macam scene yang bagi Rina, buat tertanya-tanya dan buat andaian sendiri. 

Scene di mana dorang belajar pasal pokok, akar pokok tu hidup dan menangis. Peh! bingit betul akar pokok tu nangis. Macam baby yang baru lahir dari rahim ibu, samalah juga scene tu di mana kita cabut pokok tu dengan akar sekali dari satu pasu dan nak pindah ke pasu baru. Siapa yang masa tanam pokok tu tak pakai earmuff betul-betul, dengar je suara pokok tu nangis nanti boleh pengsan sebab bising gila. You guys should watch them!


3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)


Next, my top 3 fav movie Harry Potter, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Okay dalam cerita movie ni dia ada cerita macam mana dia jumpa bapa angkat dia dimana ianya adalah seorang 'banduan'. Dia dianggap pembunuh. BUT! ACTUALLY......dia seorang yang baik tau! Nama dia Sirius Black. Basically, Sirius Black ni dia boleh menyamar jadi anjing hitam. Salah satu sebab kenapa Rina minat movie ni sebab time ni Harry Potter nampak handsome. HAHA! Sebab dia dah membesar kan so muka dah berubah. So nampak matured and of course dia menjiwai watak tu dengan lebih mendalam. 

Ada satu scene tu di mana dia lari dari rumah pakcik dan makcik dia lepastu naik satu bas ni. Bas tu memang takkan nampak dengan mata orang biasa melainkan mata-mata orang sihir. Jadinya, dorang bawak memang laju gila. Ada satu part tu dia masuk celah-celah bas, huwa memang tak expect la scene tu tapi nice la. Overall, movie ni worth to watch!


4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)


Alright! Next will be harry potter and the Goblet of Fire. This was my least fav but still one of my fav juga sebab cite harry potter HAHAHAHA! ALL OF THE MOVIE IS FAV but this is the least. Kenapa? Its my choice lah haha. Basically, this movie cerita pasal ada sekolah lain datang then dorang akan ada pertandingan. Pertandingan tu macam nak tunjuk la kehebatan masing-masing. Tapi, kenapa Rina tak suka movie ni sebab Harry Potter kena sabotaj oleh satu pihak supaya dia join pertandingan tersebut SEDANGKAN pertandingan tersebut hanya boleh disertai oleh pelajar yang 18 tahun ke atas tak silap. That time Harry Potter ni bawah 18 tahun. If im not mistaken la. Rina lupa bab umur ni. Jadinya, sesiapa yang bawah umur nak join, masukkan nama dalam goblet of fire ni memang akan auto reject. Kenapa dia strict bab umur? Sebab pertandingan yang dorang anjurkan ni quite tough dan level susah dia tu memang takleh brain lah! Bahaya takyah cakap. Tapi taktahu kenapa nama Harry Potter boleh tersenarai. Rupa-rupanya, ada orang plan sabotaj  Harry Potter.

Last pertandingan tak silap, rupanya barulah reveal sebenarnya ada pihak sabotaj Goblet Of Fire tu masukkan nama Harry Potter supaya dia boleh jumpa dengan Voldermort. Time ni Voldermort belum lagi ada 'figure' atau badan untuk hidup. Dia perlukan darah Harry Potter ni so that dia boleh ada jasad. Memang Rina tak minat la cerita dia! Tapi scene dia best. Tak minat sebab time ni Harry Potter rambut panjang, tak berapa handsome then sebab scene dia kena sabotaj ni. Kesian tau!


5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)


Next, my top 2 fav movie in Harry Potter. Time ni Harry Potter handsome gila woi! HAHAHAH okaylah. Satu lagi scene dimana Voldemort dah mula munculkan diri dan nak attack Harry tapi pihak atasan tak percaya. Dorang fikir Harry dan pengikut Harry ni menipu dan kolot. Sekali dorang nampak depan mata ha terkejut! Semua takut nak sebut nama Voldermort ni sebab ada kisah silam melibatkan voldermort ni. Rina tak minat bila Voldermort ni mula nak collect geng-geng banduan dia yang hebat-hebat dekat penjara sihir tu. Time ni jugalah Sirius Black, ayah angkat Harry ni mati kena bunuh dengan salah sorang ahli sihir jahat tu! Geram tau. Sedih gilaaaa. Dahlah dia memang takde parents lepastu ayah angkat dia pun takda. Mati depan mata. Lagilah sedih! You guys should watch!


6. Harry Potter and the Half Blood Prince (2009)



As you guys can see from my blog entry name, HALF BLOOD PRINCESS? Yes! Rina amik based on this movie la which Harry Potter and the Half Blood Prince. Ni my fav top 1 movie harry potter sebab ni adalah movie dimana dorang kumpulkan semua nyawa-nyawa voldermort dan bunuh satu persatu. Btw, Voldermort ada 7 nyawa yang dia pecahkan & dipanggil Horcrux. Horcrux ni kiranya macam tempat untuk sembunyikan sebahagian jiwanya. So, bila banyak Horcrux, makin banyaklah nyawa dia. Kiranya voldermort ni takkan mati dan hidup kekal abadi selagi horcrux ni tak disentuh dan dihapuskan. Voldermort ada 7 Horcrux. Antara 7 horcrux voldermort terdiri daripada Diari Tom Riddle dalam episod 2. Diari ni Harry dah hapuskan dalam movie kedua tu lagi tanpa dia sedar sebenarnya tu nyawa Voldermort. Rina pun baru tahu! Then, Cincin Marvolo Gaunt (Batu kebangkitan) di mana dalam movie ni la dia jumpa cincin tu dengan professor dumbledore. Next, Locket Salazar Slytherin. Locket ni nanti next movie baru muncul. Then Piala Helga Hufflepuff. Seterusnya, Mahkota Rowena Ravenclaw. Kemudian, Nagini iaitu ular yang selalu berada dekat dengan Voldermort. Last sekali adalah Harry Potter sendiri. Dahtu? kena bunuh harry potter la baru voldermort mati juga? HA! Tu yang korang kena tengok. 

Untuk pengetahuan korang, untuk buat horcrux ni pun, Voldermort sacrifice something tau untuk buat horcrux ni. Setaip Horcrux ni bukanlah harry potter yang hapuskan tapi dengan bantuan kawan dan cikgu harry juga. Cara dimusnahkan, tempat nak jumpa horcux ni semua berbeza. Mostly memang menarik la bila tengok. Korang kena tengok!!!


7. Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 (2010)
  

Okay untuk deathly hallows ni dia terbagi kepada 2 part. Part 1 dan juga part 2. Banyak gila cabaran dan dugaan dalam scene movie ni. Dalam movie ni pun ada juga cerita macam mana dorang cari dan jumpa orang-orang yang tahu lokasi horcrux tu kat mana dan cuba untuk musnahkan setiap horcrux yang dorang jumpa. 


8. Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 (2011)


Time deathly hollow part 2 ni lah last sekali Harry Potter serah diri dekat voldermort untuk macam dibunuh la kan sebab taknak kawan-kawan dan orang sekeliling dia dibunuh lagi. Bestnya deathly hollow part 2 ni, kita dapat tengok macam mana setia dan bersedia nya kawan-kawan dan orang sekeliling Harry Potter fight dan cuba nak menentang voldermort sedangkan dorang tahu je dorang boleh mati. Ada satu scene tu husband and wife which cikgu Harry Potter mati, abang Ron Weasley yang kembar tu salah sorang dari dorang mati. Memang sedih sumpah sedih. But, what can he do? Tu last sekali dia nak serah diri but at the end, dia hidup juga. So, dia fight 1 by 1 dengan voldermort sendiri. Paling satisfied bila Harry Potter hidup balik, semua ahli sihir jahat yang bersubahat dan tahu bahawa harry tu hidup, larikan diri. Dorang macam dah taknak terlibat dengan scene dan masalah antara voldermort dan harry ni. Dorang tahu je harry hidup tapi pretend macam harry ni mati.


Kalau nak cerita pasal setiap movie ni memang tak cukup satu entry blog ni. Silap2 satu movie, satu entry hahah tapi tulah korang nak ke baca? HAHAH. Next entry Rina akan share dengan korang 4 rumah Hogwart yang Griffindor, Slytherin, Hufflepuff dan Ravenclaw tu. Menarik tau! Lastly, i hope you guys enjoy my not-so-review ni. Im giving my best tau buat review ni cerita dan sebagainya. Harap you guys baca dan go watch them!!!!! Have a nice day ahead & thankyou for spend your time here! hehe




No comments:

Post a Comment

HALF BLOOD PRINCE

 Ewaaaahh harini tajuk blog kita "HALF BLOOD PRINCE" lah! Ytjt. Siapa pernah layan cerita harry potter? Okay, kalau korang nak tah...