Thursday, June 1, 2023

Perkhidmatan Kereta Api

Hai korang! Ha! Korang pernah tak naik public transport? Pernah? Apa? Takpernah? Okay takpe! Jom Rina nak share dengan korang public transport yang quite famous juga sekarang ni. Pernah tak dengar tentang MRT? Ala kereta api yang laju sekarang tu. Dulu keretapi, sekarang dah ada MRT makin laju. Harini Rina nak share dengan korang jenis-jenis kereta api yang tak pernah atau pernah korang dengar. Kadang tahu nama pendek dia tapi apa nama panjang dia takpernah tahu. Ha, duk sebut MRT, tahu tak MRT tu stand for apa? Tak tahu? It's okay! Let's go!


1. MONOREL


Monorel merupakan sistem pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang tunggal. Istilah ini juga digunakan bagi menerangkan landasan bagi sistem tersebut, serta kenderaan yang melaluinya. Istilah tersebut berasal daripada gabungan perkataan mono (tunggal) dan rel, seawal tahun 1897, memandangkan sistem terawal menggunakan landasan logam. Sistem pengangkutan tersebut sering dirujuk sebagai satu sistem landasan kereta api.

Dulu, monorel dikenali sebagai Peoplemover Rapid Transit - PRT. Laluan monorel dibuka pada 31 Ogos 2003, dengan 11 stesen sepanjang 8.6km di dua landasan selari bertingkat. Laluan monorel ini menghubungkan hub pengangkutan KL Sentral di selatan dan Titiwangsa di utara. Laluan ini terdiri daripada satu laluan dari arah yang menghubungkan kawasan-kawasan di dalam Kuala Lumpur yang sebelumnya tidak dilalui oleh perkhidmatan kereta api yang lain, iaitu Brickfields, Bukit Bintang, dan Chow Kit, dengan stesen LRT, MRT dan KTM Komuter yang terdapat di KL Sentral, Muzium Negara, Hang Tuah, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa.


2.  MASS RAPID TRANSIT (MRT)


Mass Rapid Transit (MRT) adalah system rel yang digunakan untuk membawa penumpang di kawasan bandar. MRT juga dikenali dengan nama lain seperti mass transit, subway, underground ataupun metro.

Ciri utama MRT adalah kebolehannya untuk membawa bilangan penumpang yang besar dengan cara efisen. MRT bersama perkhidmatan-perkhidmatan rel bandaran yang lain sepert aliran transit ringan (LRT), trem, monorel dan tren komuter, selalunya menjadi tulang belakang sesuatu sistem pengangkutan awam sesuatu bandar raya.

MRT boleh dibina di bawah tanah terutamanya apabila jajaran melalui pusat bandar raya, ataupun di atas struktur bertingkat di luar pusat bandar.



3. LIGHT RAIL TRANSIT (LRT)


Transit kereta api ringan (LRT) ialah sebuah jenis transit rel bandar dengan ciri-ciri gabungan trem dan metro. Walaupun gerabak kereta apinya hampir serupa dengan trem tradisional, rel ringan beroperasi pada kapasiti dan kelajuan yang lebih tinggi, dan seringkali di hak lalu ekslusif.

Perkhidmatan kereta api LRT atau Transit Kereta Api Ringan dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, yang merupakan subsidiari kepada Prasarana Malaysia Berhad. Pada masa ini terdapat tiga laluan LRT yang beroperasi iaitu:

laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak sehingga Putra Heights; laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur sehingga Ampang; dan laluan Sri Petaling, yang beroperasi dari Sri Petaling dan merentasi Kinrara serta Bandar Puteri, Puchong sebelum berakhir di stesen bersepadu Putra Heights.


4. KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) KOMUTER



KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Komuter kini bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari.

Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya India. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem pengangkutan awam yang cukup istimewa di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu.



5. KLIA EKSPRESS


KLIA Ekspres ialah sebuah perkhidmatan pengangkutan rel ekspres tanpa henti antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – KUL. KLIA Ekspres merupakan kaedah pengangkutan paling pantas yang menghubungkan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada harga RM 55.00 sehala bagi seorang penumpang dewasa, harga tambang perjalanannya dikatakan agak mahal. Namun begitu, KLIA Ekspres tetap menjadi pilihan sebahagian pengguna kerana tempoh masa singkat yang diambil untuk perjalanannya.


6. KLIA TRANSIT

KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan tren laju yang menghubungkan KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA (Bangunan Terminal Utama dan klia2).

KLIA Transit pula secara asasnya sama seperti KLIA Ekspres, cuma KLIA Transit akan berhenti di beberapa stesen sepanjang perjalanannya. Selain daripada KLIA Transit, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, tren ekspres dari KL Sentral ke KLIA. Kedua-dua perkhidmatan ini dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd. Memandangkan lapangan terbang KLIA terletak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, sebuah laluan rel dibina untuk memudahkan akses antara pusat bandar dan lapangan terbang.


7. ELECTRIC TRAIN SERVICE (ETS)


ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Padang Besar, Butterworth, Kuala Lumpur dan Gemas yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 36 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang, 13 di Perak, lima di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka dan dua di Negeri Sembilan.

Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 140 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.


Ha! Ini antara pengangkutan awam yang agak terkenal dan dikenali ramai. Korang pernah naik tak semua ni? Pengangkutan awam ni best naik bila nak pergi tempat jauh ataupun untuk elakkan kesesakan seperti KL! Omg kalau nak pergi KL, naik pengangkutan awam macam KTM, LRT atau MRT is the best option la daripada nak naik kereta. Cumanya, adalah pros dan cons dia kan? Kalau dah naik pengangkutan awam, tak sesuailah kalau nak shopping banyak barang. Tak larat weh nak angkut barang. Melainkan kalau korang larat lah. Lepastu kalau ramai orang, kemungkinan nak dapat tempat duduk tu susah lah. Jadi, kenalah berdiri. Dengan sekarang musim post-covid ni kan, kena pakai mask. Tapi sekarang dah boleh tak pakai mask ni, kalau bersesak then ada yang tak sihat batuk selsema tu semua huwaaa risau! Bestnya pengangkutan awam ni, takpayah nak fikir sesak nak parking kereta kalau destinasi kita nak pergi tu memang melibatkan kesesakan. Contoh terdekat adalah pesta buku dekat PWTC tu. Ha, tu memang sesuai betul naik pengangkutan awam ni! Lepastu so far Rina rasa pengangkutan awam macam MRT, LRT ni sejuk. Save la minyak kereta! HAHA. 

Harapnya posting Rina ni dapatlah memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang keretapi. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

HALF BLOOD PRINCE

 Ewaaaahh harini tajuk blog kita "HALF BLOOD PRINCE" lah! Ytjt. Siapa pernah layan cerita harry potter? Okay, kalau korang nak tah...